TEMPAT : SEBELAH GELANGGANG BOLA KERANJANG (TEMPAT PPIM)
TARIKH : 8/2/2012
MASA : 3.00 PTG - 4.30 PTG
Assalammualaikum kepada pembaca, pada 8/2/2012 kami PPIM-SMK SERI SERDANG SESI PAGI .. telah mengadakan aktiviti silang kata .. kami sertakan jua gambar ahli PPIM ketika menjalani aktiviti ini . antara aktiviti yang kami jalankan ialah
* aktiviti silang kata * aktiviti teka - teki * aktiviti mencipta logo
PEMENANG AKTIVITI SILANG ATA
KUMPULAN 2
* NUR SYAZILA (5 MULIA) * NOOR SHAHIRAH (5 ERAT) * SITI HAJAR FATNIN (2 MULIA) * NURUL IZZAH
Kumpulan 2 menerima hadiah daripada Ustazah Zunaidah
Guru Penasihat aktiviti Permainan Dalaman (Ustazah Zunaidah)
GURU PENASIHAT : USTAZAH ZUNAIDAH
TEMPAT : KELAS 2 MULIA
TARIKH : 22/3/2012 -RABU
MASA : 3.00 PTG-4.30 PTG
Assalammualaikum kepada pembaca , pada 22/3/2012 PPIM -SMK SERI SERDANG 2012.. telah mengadakan aktiviti PERMAINAN DALAMAN.. sepatutnya pada tarikh tersebut kami mengadakan aktiviti BOLA TAMPAR .. tetapi cuaca tidak mengizinkan kami mengadakan aktiviti BOLA TAMPAR.. oleh yang demikian , kami telah menjalankan aktiviti PERMAINAN DALAMAN.. dengan ini kami sertakan jua gambar ahli2 PPIM ketika menjalankan aktiviti ini ..
cinta akan jadi manis jika ia benar-benar ikhlas suci murni
~✿>> Kepada Hawa. Biarlah Adam yang mencari sendiri tulang rusuknya yang hilang. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti.
Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..♥♥
cinta itu indah jika kena dengan syariat islam :)
bersabarlah wahai kaum hawa .. ia akan datang jua satu hari nanti mencarimu !
Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
Tempat : langkawi Tarikh : 27-29/1/2012 Bilangan pelajar/guru penasihat : 11 Orang
Berdasar maklumat diatas kami Persatuan Pegerakan Puteri Islam Malaysia (SM Seri Serdang sesi pagi tahun 2012) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Langkawi anjuran Masjid At-Taqwa Desa Serdang . Tujuan kami mengikuti lawatan ini adalah untuk melihat sendiri negeri yang penuh dengan sejarah silam yang sangat terkenal dengan sejarah "MAHSURI" pada satu ketika dahulu . Secara tidak langsung ahli (PPIM) dapat belajar tentang sejarah silam negeri yang penuh bersejarah ini. Kami sertakan dengan gambar-gambar ahli yang mengikuti lawatan ini untuk tatapan pembaca .
Di jeti (sebelum menaiki feri) sempat lagi ambek gambar ... :)
Kenangan di muzeum Mahsuri :)
Sampai kat jeti (semua muka tak mandi) :p :p
tak tau la burung ape nie ? tangkap je la .. lawa :)
PERSATUAN PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (SMK SERI SERDANG)
tujuan blog ini diterbitkan adalah untuk memberi info kepada pembaca sekalian tentang perkembangan terbaru (PPIM) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SERDANG untuk tahun 2012 .
Di sini kami akan menyertakan setiap aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun 2012 . kami sertakan juga gambar-gambar ahli puteri (PPIM) SMK SERI SERDANG bagi 2012. Selain itu, kami juga akan cuba memuatkan info-info tentang islam di dalam blog ini . Harap pembaca sekalian dapat manfaatnya . Harap maaf diatas kesilapan/kekurangan yang terdapat di dalam blog ini . :) :)
Lencana Persatuan Pergerakan Puteri Islam Malaysia