LELAKI IDAMAN


Lelaki idaman,
Sememangnya akan menjadi igauan,
Setiap gadis pasti berkeinginan,
Berjumpa dengan sebuah impian.
Namun duhai lelaki beriman,
Usah mencabar lemahnya iman,
Usah menduga sebuah perasaan,
Usah mencari picisan percintaan.

Andai dikau lelaki beriman,
Pasti engkau tidak sedemikian,
Menjunamkan diri ke lembah kebinasaan,
Membiarkan diri dalam kemaksiatan.
Sedarilah duhai lelaki beriman,
Allah Maha Menerima taubatnya insan,
Sedarilah sebelum terlambat dipesan,
Engkaulah a'bid, khalifah, da'ie harapan.
Usah hancurkan sebuah impian,
Usah ranapkan biah yang mapan,
Namun genggamlah dengan kesabaran,
Disaluti sutera keimanan.


Mari, galaslah sebuah amanah berkekalan,
tunjukkan pada mereka yang tidak ketahuan,
Islam itu indah, suci, berkekalan.
Tunjukkan jua contoh tauladan,
Bagi contoh untuk pemuda buktikan,
Lelaki yang petah berpidato dihadapan,
Lelaki yang dididik dengan tarbyah harapan,
Bukanlah lelaki picisan murahan,
Namun mujahid Islam zaman kegemilangan.elaki idaman,
Sememangnya akan menjadi igauan,
Setiap gadis pasti berkeinginan,
Berjumpa dengan sebuah impian.

AKTIVITI MEMASAK RIMBA KERJASAMA PUTERI ISLAM & PENGAKAP













TEMPAT : PADANG SEKOLAH SMKSS


TARIKH : 11/7/2012


MASA : 3.00 PTG -4.30 PTG


GURU PENASIHAT : USTAZAH SAHARIZAH


Assalammualaikum kepada pembaca ,
pada 11/7/2012 kami PPIM-SMK SERI SERDANG SESI PAGI bersama 
UNIT PENGAKAP SMKSS SESI PAGI ..
telah mengadakan aktiviti MEMASAK RIMBA ..
objektif aktiviti ini diadakan ialah :.
* mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli
* memupuk semangat kerjasama antara ahli
* memberi banyak pengetahuan cara-cara memasak apabila berada di hutan 




























HARI SUKAN SMKSS 2012

TARIKH : 1 JULAI 2012
TEMPAT : STADIUM UPM, SERDANG , SELANGOR
MASA : 7.30 PAGI-2.00 PETANG


ASSALAMMUALAIKUM , 
PADA TARIKH TERSEBUT KAMI UNIT BERUNIFORM SMK SERI SERDANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA KAWAD KAKI UNTUK ACARA KAWAD KAKI BAGI UNIT BERUNIFORM SEMPENA HARI SUKAN TAHUNAN SMK SERI SERDANG-2012. WALAUPUN KAMI TIDAK MENDAPAT TEMPAT NO 1,2,3 .. TETAPI KAMI BERASA BANGGA KERANA KAMI TELAH BUAT YANG TERBAEK DAN BANYAK YANG KAMI PELAJARI SEPANJANG LATIHAN KAWAD INI .